SKETSA
RADIO
TAJUK
: MELAYARI INTERNET
PENYAMPAI :
1.
NURUL
ATTIQAH BINTI SEMAIL (221167)
2.
NURUL
PATANAH BINTIT MOHD (221236)
3.
NORMAZITAH
BINTI MAMAT (219847)
4.
NURUR
RAIHANAH BINTI ZAINORDIN (221719)
5.
INA
SHAKINA BINTI IBRAHIM (220022)
Internet merupaka satu layanan komunikasi yang
menggunakan layanan internet atau komputer sama ada secara langsung mahupun tak
langsung ke seluruh dunia. Internet mempunyai kelebihan dan keburukannya
tersendiri. Ini dapat dilihat dalam situasi Ana yang lalai dalam melayari internet.
SITUASI
1
Mak: (mengeluh) Hei Ana, apalah yang nak jadi dengan
anak aku sorang ni. Hari-hari menghadap laptop tu, apa yang kau dapat bila
menghadap laptop tu?
Ayah mencelah.
Ayah: Betullah cakap mak kau tu Ana. Cuba lah kau
tolong mak kau tu sikit, basuh baju ke, masak ke, dapat jugak menambahkan pahal
kau tu.
Ana: Alah mak, ayah bising lah. Benda ni sebenarnya
banyak faedah tau mak ayah. Mak ayah je yang tak tahu. Ha ayah, ayah kan nak
isi borang BR1M kan? Apa kata ayah suruh je Ana yang tolong isikan. Senang.
Mak: Kau ni Ana, sepatah orang cakap, sepuluh dia
jawab. Apa nak jadilah dengan kau ni. Cubalah dengar nasihat orang tua kau ni.
Ana: Hmmmm yelah yelah. (tutup laptop, lalu berlalu
pergi)
SITUASI
2
Di dalam bilik sehari sebelum final exam. Ana asyik melayari internet, meskipun peperiksaan akhir
semester bermula esok. Kawan-kawan yang sibuk mengulangkaji pelajaran langsung
tidak dipedulikan.
Uyu: Wah Ana, bagusnya kau ni! Relax je kau ni aku tengok,
gerenti esok dapat jawab semua la ni?
Ina: Yelah kan. Dari tadi aku tengok kau asyik ber ‘chatting’ je. Dengan pakwe lah tu kan.
Hehe
Ana: Ala mana ada, tak payah la nak menyindir aku
sangat. Aku tahulah aku tak sepandai korang semua.
Ina: Ana mesti kau pernah dengar pepatah mengatakan
‘usaha tangga kejayaan’. Jadi ini bukan soal pandai atau tidak.
Uyu: Aku bukan apa, aku taknak kau menyesal di
kemudian hari.
Ana: Hishh. Serabutlah korang ni. Aku tahulah, aku
memang study lewat sikit. Korang je tak tahu.
Ina: Suka hati kau lah. Kitorang nasihat taknak dengar.
Masa pantas berlalu. Tanpa disedari, Ana tertidur
tanpa mengulangkaji pelajaran.
SITUASI
3
Para pelajar sedang khusyuk menjawab soalan
peperiksaan di dalam dewan. Ana menoleh ke kiri dan kanan. Gelisah kerana sukar
untuk menjawab soalan tersebut. Setelah tamat peperiksaan, Ana keluar dewan
dengan penyesalan.
Uyu: Ana macam mana ? Okay tak soalan tadi?
Ana: Entahlah, aku tak yakin lah dengan jawapan aku.
Malam tadi dah la aku tak sempat ulangkaji apa. Tak tahulah apa jadi nanti
dengan keputusan aku.
Ina: Takpelah Ana. Ini pengajaran buat kau. Lain
kali janganlah asyik sangat melayari internet. Inilah padahnya.
Ana berjanji pada dirinya sendiri. Dia tidak akan
mengulangi kesilapannya itu lagi.
MORAL:
KEASYIKAN
MELAYARI INTERNET BOLEH MEMBUATKAN KITA LALAI DARIPADA MENGULANGKAJI PELAJARAN.
OLEH ITU, PERLUNYA MENDAHULUKAN PELAJARAN KERANA PELAJARAN MEMBANTU KITA DEMI
MASA DEPAN.
No comments:
Post a Comment