Umum mengetahui isu pendidikan percuma telah dibangkitkan kembali. Setelah kemenangan majoriti daripada pihak pemerintahan Barisan Nasional, ramai masyarakat terutamanya golongan pelajar menyuarakan pendapat mereka bahawasanya Malaysia boleh melaksanakan sistem ini, iaitu pendidikan percuma dari peringkat tadika sehinggalah ke peringkat universiti.
Pihak pembangkang juga telah mengutarakan cadangan mereka dengan mengatakan Malaysia juga boleh melaksanakan pendidikan percuma sepertimana beberapa buah negara luar lain yang mengamalkan sistem ini.
Dalam hal ini pihak pembangkang cuba mengusulkan tindakan supaya setiap golongan boleh serta mampu untuk menghantar anak-anak mereka belajar sehingga ke peringkat universiti walaupun berasal daripada keluarga yg susah.
Majoriti pelajar bersetuju supaya PTPTN dimansuhkan atas kebaikan mereka sendiri.
Akan tetapi saya sebagai pelajar melihat perkara ini sebagai satu perkara yang harus difikirkan sebaiknya oleh para pelajar di luar sana.
Cuba anda semua fahami ayat ini “tiada apa yang percuma di dunia.” Sekiranya kita diberikan pendidikan percuma, akan ada bayarannya untuk dapatkan sesuatu yang percuma. Analogi yang sesuai untuk saya sampaikan ialah umpama kita membeli sesuatu barang, kita dapat free gift melalui pembelian kita. Sama juga dengan isu ini, pendidikan percuma, tetapi rakyat harus membayarnya melalui mekansime yang lain. Contoh terdakat ialah akan berlaku kenaikan cukai yang pihak lain perlu tanggung seperti ibu bapa kita.
Malah belum tentu kita perolehi beberapa subsidi yang diberikan di Malaysia sekarang ini.
Seharusnya kita sebagai pelajar, wajib untuk kita mengambil tahu 'side effect' yang akan berlaku kepada pihak lain hanya kerana, untuk memenuhi kepentingan golongan pelajar seperti kita.
Saya juga peminjam PTPTN dan tugas kita adalah untuk belajar dan cuba untuk menyelesaikan pinjaman tersebut apabila sudah bekerja kelak. Bukankah pinjaman ini juga boleh kita anggap sebagai bantuan sementara untuk kita menuntut ilmu dan mencapai cita-cita kita. Belum tentu pendidikan percuma menjamin kejayaan kita bukan?
Sekadar berkongsi pendapat. Renung-renungkan.
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment