Friday, 10 May 2013

FIXI LEJEN

Morning. 2.15am.
Assalamualaikum. Hi

Punca kenapa entri ni  ada, sebab tak boleh tidur. 
 So boleh lah aku nak kongsi one of my interest and now officially became my hobby .
Tajuk entri je mesti ada yang dah tahu kan, FIXI and Lejen Press. Antara penerbit buku yang tengah in  sekarang ni.
Sebelum tu nak kongsi la part of my collection FIXI Lejen and others book yang dah aku miliki. Yay!

Koleksi setakat ni

Setakat ni, ini jelah yang mampu aku miliki dulu, 
tu pun ada sebuah dua yang dipinjam dari kawan-kawan.

Untuk pengetahuan semua, Fixi merupakan sebuah syarikat terbitan karya-karya penulisan yang bersifat urban dan terkini. Antara yang menariknya ialah setiap karya terbitan buku fixi 
judul buku mestilah dalam satu perkataan sahaja. Contohnya "NGERI".
Fixi mula aktif sekitar tahun 2011.
Untuk nama syarikat FIXI yang digunakan itu ia nya diambil berdasarkan daripada perkataan 
fiksi bahasa Indonesia, fiction bahasa Perancis lama yang menunjukkan 
tiada apa-apa yang original dalam dunia ini.

Fixi antara syarikat yang mengetengahkan idea-idea dan penulisan serta karay- karya daripada bukan  penulis yang popular tapi dalam kalangan orang biasa yang minat menulis juga diterima.
jadi sesiapa sahaja yang berminat dan mempunyai karya penulisan yang menarik dan nak kongsi dengan orang ramai, korang boleh lah usulkan ke penerbitan Fixi.

Aku antara peminat novel terbitan Fixi disebabkan gaya penulisan yang agak mudah di fahami dan bersifat urban. Sebagai seorang remaja dan pelajar, aku sarankan siapa yang belum lagi membaca novel keluaran Fixi, korang boleh lah cuba dengan buku yang pertama aku baca. menarik dan lain dari yang lain. Try  baca NGERI karya GINA YAP LAI YOONG. Memang terbaik! Lepas tu mungkin korang akan terus addict dengan setiap penulisan terbitan Fixi.

Menarik juga untuk di beritahu bahawa Fixi sentiasa cuba untuk mengeluarkan atau menerbitkan sekurang-kirangnya sebuah buku dalam sebulan. Yang paling latest ialah TUHAN.
Yang mana aku sendiri belum baca.
Latest book from FIXI



Bagi yang nak mencari atau memiliki buku-buku Fixi ni korang boleh beli by online di fixi.com.my 
ataupun di shop.lejenpress.com . Buku-buku ni semua boleh juga korang beli terus di toko buku seperti Kinokuniya, MPH dan Popular. Selain itu, Fixi Lejen juga ada membuat beberapa jelajah ke setiap negeri dan institusi pengajian, di UUM pun  haritu mereka ada datang dan yang terbaru mereka juga ada terlibat dalam Pesta Buku Tahunan di PWTC sekarang ni.

Lupa untuk aku bagitahu, Lejen Press juga salah satu syarikat penerbitan novel yang bersifat urban dan terkini. Antara novel-novel Lejen yang menarik ialah Awek Chuck Taylor , Kontrol Histeria, Bau Semangat Anak Muda, Bayang, Dabel Date, Heroin, Sengih Kerang, Sperma Cinta dan yang terbaru ni judul nya BABI. 
Judul je dah menarikkan?

Fixi lebih kepada novel penceritaan dan juga cerpen tetapi untuk Lejen pula mereka juga menerbitkan kompilasi puisi yang menarik untuk korang baca dan hayati. Semua nya menggunakan ayat dan bahasa yang sangat in. 

Banyak lagi karya penerbitan dari pelbagai syarikat penerbitan yang lebih kepada indipendent writing yang aku tak sebut macam Buku Hitam Press, Sang Freud Press, Terfaktab Media, Dubook Press dan banyak lagi. 
Zaman kita sekarang ni zaman millenium yang dipanggil semuanya di hujung jari. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, google je okay.
 So, selamat membaca! :)











No comments:

Post a Comment