Friday, 10 May 2013

PESTA BUKU UTARA 2013


SINTOK, KEDAH- Bertemakan ‘Cintai Buku, Cintai Ilmu’ kali ini Pesta Buku Utara sekali lagi telah diadakan di Universiti Utara Malaysia buat kali yang ke-3. Pesta buku anjuran UUM PRESS dengan kerjasama Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM), Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dan Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) ini telah berlangsung selama seminggu bermula dari 10 Mac sehingga 16 Mac di Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM.
Pesta buku ini telah dirasmikan oleh Profesor Dato’ Dr. Mohamed Mustafa Ishak selaku Naib Canselori Universiti Utara Malaysia pada 11 Mac 2013. Beliau juga telah melancarkan 22 buah buku baru terbitan UUM Press di majlis tersebut. Turut hadir memeriahkan majlis ialah, Kassim Thukiman, Pengerusi Jawatankuasa MAPIM, Zulhakim Sanip selaku wakil Persatuan Penerbit Buku Malaysia, staf-staf UUM serta para pelajar UUM.
Sebanyak 38 pempamer terlibat di dalam Pesta Buku Utara 2013 kali ini. Antaranya, Penerbit UUM Press, Galeri Ilmu Sdn. Bhd, Art Square Creation Sdn Bhd, PTS Media Group Sdn Bhd, Penerbitan Seribu Dinar Sdn Bhd, E-Media Publication Sdn Bhd, Penerbit-penerbit IPTA, Kumpulan Media Karangkraf, Fajar Ulung Sdn Bhd, MOY Publications Sdn Bhd dan banyak lagi.
Selain itu, bagi pesta buku kali ini pihak penganjur telah mengadakan beberapa aktiviti menarik seperti Klinik Perundingan Bersama Pengarang, Hari Bertemu Pelanggan Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Library Info Hunt, Kuiz Online, Pertandingan Mewarna Untuk Kanak-kanak, Puppet Show, Senamrobik, Pertandingan Bercerita, Choral Speaking, Program Motivasi dari Sekolah ke IPT dan juga Pertandingan Pakaian Beragam dari Tadika Tunku Putri Safinaz UUM. 

- Nurur Raihanah, 221719

No comments:

Post a Comment