Untuk entri kali ini, jom aku cuba sentuh sikit perihal isu semasa yg sedang hangat diperkatakan sekarang. Walaupun PRU13 dah pun selesai, tapi bahang nya masih terasa.
Untuk pengetahuan korang, aku bukanlah salah seorang penyumbang undian buat masa ini dek kerana umur yang masih lagi kategori muda remaja. HAHA XD . Belum cukup umur lagi, bulan depan baru nak menginjak ke 20 tahun. Am still young right ?
(^^)
![]() |
| Ni lah antara keputusan yang aku dapat tahu dari akhbar. |
Berbalik pada PRU13 tadi. 4hari dah berlalu selepas keputusan PRU13 keluar, tapi masih banyak lagi ketidakpuasan hati dari pelbagai pihak. Hm tak kiralah dari pihak atasan,
rakyat mahupun golongan bangsa.
Aku tak lah memihak kepada mana-mana pihak tapi untuk sekadar berkongsi pendapat, ya mungkin.
Memandangkan negara kita sebagai manusia
punya pendapat dan hak masing-masing dalam bersuara.
Keputusan PRU13 telah menunjukkan kemenangan majoriti berpihak kepada Barisan Nasional
yang masih memerintah kerajaan di Malaysia.
BN telah memenangi kerusi parlimen sebanyak 133 kerusi, 38 kerusi dimenangi DAP,
28 kerusi dimenangi PKR dan 21 dimenangi oleh PAS.
Bagi kawasan DUN pula, majoriti juga undian dipegang oleh BN yg memenangi sebanyak 275 undi,
95 DAP, 85 PAS dan 49 PKR.
Kesimpulannya disini kita dapat lihat negeri-negeri yang masih dipegang BN ialah Negeri Sembilan,
Pahang, Terengganu, Johor, Melaka, Perlis dan Sabah. Malahan Perak dan Kedah yang sebelum ini di bawah pimpinan pembangkang telah kembali kepada naugngan BN.
Manakala Selangor, Kelantan dan Penang sahaja yg masih kekal di bawah pimpinan pembangkang.
Aku sebagai seorang student, sekadar berkongsi pendapat bila mana pru13 kali ini berlangsung
aku nampak lebih banyak mendatangkan kesan negatif daripada positif.
Tengok jelah sekarang, masih lagi isu-isu politik menjadi bahan utam di akhbar, media massa mahupun elektronik, malah di laman sosial seperti twitter dan FB antara tempat yang
terlalu banyak isu poltik yang dibincang, dipertikai dan ada juga yang mejadi bahan pergaduhan.
Hm itu belum lagi hal-hal skandal pemimpin, corruption, liwat lah apa lah.
Habis je PRU13 baru-baru ni, aku nampka makin banyak lagi isu-isu yang berbangkit macam blackout, racism perihal Tsunami Cina, pengundi hantu, isu berkaitan SPR dan macam-macam lagi lah.
tak keterlaluan kalau aku katakan semua yang terjadi sekarang adalah atas kesilapan masing masing. Seriously aku sangat tak setuju lebih-lebih lagi kalau student yang terlalu taksub dengan politik.
![]() |
| One of the Racism things been published. 'Tsunami Cina' |
Ya, politik satu isu yang perlu kita ambil tahu memandangkan
ianya adalah info mengenai kerajaan negara kita Malaysia.
Tapi kalau sampai melibatkan pergaduhan antara kaum, even ada juga yang berlaku pergaduhan antara kawan-kawan yang aku lalui sendiri di laman twitter aku.
Pada aku satu lah, negara kita bukan negara yang memperjuangkan parti masing-masing
tapi sepatutnya yang jadi keutamaan ialah sama-sama cuba bersatu tak kiralah melayu cina dan india sebab sekarang aku dapat rasa, racism semakin menjadi jadi walhal 1Malaysia yang di uar-uar kan selama ini adakah satu mainan ataupun satu moto yang tiada matlamat.
Malaysia is a unique country, mana ada negara lain yang dapat hidup aman damai macam Malaysia yang boleh tinggal satu tempat dengan pelbagai kaum agama dan bangsa tanpa peperangan malah negara kita sudahpun merdeka selama 55tahun
Takkan lah disebabkan isu korupsi isu poltik dan parti kita sesama kaum cuba menjatuhkan negara sendiri.
Dan lebih memalukan ada yang melibatkan negara luar utk menyelesaikan masalah negara kita.
Apa ni? Is this Malaysian? Hmm.
Nak ke korang negara kita macam negara yang tak henti-henti dengan riot bom sana sini. Cukuplah masa tragedi Sulu yang lepas. Dan, nak ke korang lalui balik tragedi perang kaum tu? Hmm.
Haih terasa serious sangat kali ni borak pasal ni sebab nya aku bukanlah orang yang terlalu berminat untuk bincangkan hal hal macam ni. Tapi untuk kali ni, takpelah sekadar berkongsi apa yang aku rasa.
Tapi tak bermaksud aku tak ambil tahu pasal isu macam ni. Got it? Hehe.
So people, untuk 5tahun akan datang, we'll see for the next PRU14. Dan masa tu aku lah salah sorang menjadi penyumbang undi. Haa which party should I tick?
Haha itu kan rahsia, undi anda rahsia anda.
25 tahun masa tu inshaaAllah merasa pula untuk pergi mengundi sendiri.
Buat masa sekarang ni, kita sama-sama lah bantu dan saling kerjsama untuk jaga keamanan negara kita
daripada dok fikir untuk jatuhkan orang sana sini. Okay? :)
Byeee (^^)//


No comments:
Post a Comment