Friday, 10 May 2013

Berita


1.2 GRAM HEROIN DIRAMPAS
Oleh: Nurur Raihanah Zainordin

ALOR SETAR,KEDAH- Tiga orang suspek telah ditangkap di sebuah motel, Kompleks Perniagaan Sultan Abdul Hamid, di sini, semalam ketika sedang membungkus dadah jenis heroin dan ketika serbuan pihak polis berjaya merampas sebanyak 1.2 gram dadah jenis heroin yang dianggarkan bernilai RM27,000-RM45,000.
Selain itu, ketika serbuan pihak polis juga menjumpai beberapa barangan lain seperti alat penimbang elektronik, empat buah telefon bimbit, sebuah kereta Proton Satria dan wang tunai bernilai RM2,000 bersama suspek-suspek terbabit.
Pegawai polis yang ditemui, ACP Azman Mohd Jan berkata, “Ketiga-tiga suspek yang ditangkap berumur lingkungan 19-35tahun berketurunan melayu dan setelah ujian air kencing dijalankan, ketiga-tiga suspek didapati positif dadah jenis metamphetamine”.
Ketiga-tiga suspek ditahan bagi siasatan. Sekiranya didapati bersalah, mereka boleh didakwa di bawah Akta 39B Akta Dadah Berbahaya 1992.

ISU PENDIDIKAN PERCUMA

Umum mengetahui isu pendidikan percuma telah dibangkitkan kembali. Setelah kemenangan majoriti daripada pihak pemerintahan Barisan Nasional, ramai masyarakat terutamanya golongan pelajar menyuarakan pendapat mereka bahawasanya Malaysia boleh melaksanakan sistem ini, iaitu pendidikan percuma dari peringkat tadika sehinggalah ke peringkat universiti.

Pihak pembangkang juga telah mengutarakan cadangan mereka dengan mengatakan Malaysia juga boleh melaksanakan pendidikan percuma sepertimana beberapa buah negara luar lain yang mengamalkan sistem ini.
Dalam hal ini pihak pembangkang cuba mengusulkan tindakan supaya setiap golongan boleh serta mampu untuk menghantar anak-anak mereka belajar sehingga ke peringkat universiti walaupun berasal daripada keluarga yg susah.

Majoriti pelajar bersetuju supaya PTPTN dimansuhkan atas kebaikan mereka sendiri.
Akan tetapi saya sebagai pelajar melihat perkara ini sebagai satu perkara yang harus difikirkan sebaiknya oleh para pelajar di luar sana.

Cuba anda semua fahami ayat ini “tiada apa yang percuma di dunia.” Sekiranya kita diberikan pendidikan percuma, akan ada bayarannya untuk dapatkan sesuatu yang percuma. Analogi yang sesuai untuk saya sampaikan ialah umpama kita membeli sesuatu barang, kita dapat free gift melalui pembelian kita. Sama juga dengan isu ini, pendidikan percuma, tetapi rakyat harus membayarnya melalui mekansime yang lain. Contoh terdakat ialah akan berlaku kenaikan cukai yang pihak lain perlu tanggung seperti ibu bapa kita.
Malah belum tentu kita perolehi beberapa subsidi yang diberikan di Malaysia sekarang ini.

Seharusnya kita sebagai pelajar, wajib untuk kita mengambil tahu 'side effect' yang akan berlaku kepada pihak lain hanya kerana, untuk memenuhi kepentingan golongan pelajar seperti kita.
Saya juga peminjam PTPTN dan tugas kita adalah untuk belajar dan cuba untuk menyelesaikan pinjaman tersebut apabila sudah bekerja kelak. Bukankah pinjaman ini juga boleh kita anggap sebagai bantuan sementara untuk kita menuntut ilmu dan mencapai cita-cita kita. Belum tentu pendidikan percuma menjamin kejayaan kita bukan?

Sekadar berkongsi pendapat. Renung-renungkan.
Assalamualaikum.



TUGASAN KUMPULAN KELAB KEWARTAWANAN UUM


SKETSA RADIO

TAJUK : MELAYARI INTERNET

PENYAMPAI :
1.      NURUL ATTIQAH BINTI SEMAIL (221167)
2.      NURUL PATANAH BINTIT MOHD (221236)
3.      NORMAZITAH BINTI MAMAT (219847)
4.      NURUR RAIHANAH BINTI ZAINORDIN (221719)
5.      INA SHAKINA BINTI IBRAHIM (220022)

Internet merupaka satu layanan komunikasi yang menggunakan layanan internet atau komputer sama ada secara langsung mahupun tak langsung ke seluruh dunia. Internet mempunyai kelebihan dan keburukannya tersendiri. Ini dapat dilihat dalam situasi Ana yang lalai dalam melayari internet.

SITUASI 1
Mak: (mengeluh) Hei Ana, apalah yang nak jadi dengan anak aku sorang ni. Hari-hari menghadap laptop tu, apa yang kau dapat bila menghadap laptop tu?
Ayah mencelah.
Ayah: Betullah cakap mak kau tu Ana. Cuba lah kau tolong mak kau tu sikit, basuh baju ke, masak ke, dapat jugak menambahkan pahal kau tu.
Ana: Alah mak, ayah bising lah. Benda ni sebenarnya banyak faedah tau mak ayah. Mak ayah je yang tak tahu. Ha ayah, ayah kan nak isi borang BR1M kan? Apa kata ayah suruh je Ana yang tolong isikan. Senang.
Mak: Kau ni Ana, sepatah orang cakap, sepuluh dia jawab. Apa nak jadilah dengan kau ni. Cubalah dengar nasihat orang tua kau ni.
Ana: Hmmmm yelah yelah. (tutup laptop, lalu berlalu pergi)

SITUASI 2
Di dalam bilik sehari sebelum final exam. Ana asyik melayari internet, meskipun peperiksaan akhir semester bermula esok. Kawan-kawan yang sibuk mengulangkaji pelajaran langsung tidak dipedulikan.

Uyu: Wah Ana, bagusnya kau ni! Relax  je kau ni aku tengok, gerenti esok dapat jawab semua la ni?
Ina: Yelah kan. Dari tadi aku tengok kau asyik ber ‘chatting’ je. Dengan pakwe lah tu kan. Hehe
Ana: Ala mana ada, tak payah la nak menyindir aku sangat. Aku tahulah aku tak sepandai korang semua.
Ina: Ana mesti kau pernah dengar pepatah mengatakan ‘usaha tangga kejayaan’. Jadi ini bukan soal pandai atau tidak.
Uyu: Aku bukan apa, aku taknak kau menyesal di kemudian hari.
Ana: Hishh. Serabutlah korang ni. Aku tahulah, aku memang study lewat sikit. Korang je tak tahu.
Ina: Suka hati kau lah. Kitorang nasihat taknak dengar.

Masa pantas berlalu. Tanpa disedari, Ana tertidur tanpa mengulangkaji pelajaran.

SITUASI 3
Para pelajar sedang khusyuk menjawab soalan peperiksaan di dalam dewan. Ana menoleh ke kiri dan kanan. Gelisah kerana sukar untuk menjawab soalan tersebut. Setelah tamat peperiksaan, Ana keluar dewan dengan penyesalan.

Uyu: Ana macam mana ? Okay tak soalan tadi?
Ana: Entahlah, aku tak yakin lah dengan jawapan aku. Malam tadi dah la aku tak sempat ulangkaji apa. Tak tahulah apa jadi nanti dengan keputusan aku.
Ina: Takpelah Ana. Ini pengajaran buat kau. Lain kali janganlah asyik sangat melayari internet. Inilah padahnya.

Ana berjanji pada dirinya sendiri. Dia tidak akan mengulangi kesilapannya itu lagi.

MORAL: KEASYIKAN MELAYARI INTERNET BOLEH MEMBUATKAN KITA LALAI DARIPADA MENGULANGKAJI PELAJARAN. OLEH ITU, PERLUNYA MENDAHULUKAN PELAJARAN KERANA PELAJARAN MEMBANTU KITA DEMI MASA DEPAN.

PESTA BUKU UTARA 2013


SINTOK, KEDAH- Bertemakan ‘Cintai Buku, Cintai Ilmu’ kali ini Pesta Buku Utara sekali lagi telah diadakan di Universiti Utara Malaysia buat kali yang ke-3. Pesta buku anjuran UUM PRESS dengan kerjasama Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM), Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dan Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) ini telah berlangsung selama seminggu bermula dari 10 Mac sehingga 16 Mac di Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM.
Pesta buku ini telah dirasmikan oleh Profesor Dato’ Dr. Mohamed Mustafa Ishak selaku Naib Canselori Universiti Utara Malaysia pada 11 Mac 2013. Beliau juga telah melancarkan 22 buah buku baru terbitan UUM Press di majlis tersebut. Turut hadir memeriahkan majlis ialah, Kassim Thukiman, Pengerusi Jawatankuasa MAPIM, Zulhakim Sanip selaku wakil Persatuan Penerbit Buku Malaysia, staf-staf UUM serta para pelajar UUM.
Sebanyak 38 pempamer terlibat di dalam Pesta Buku Utara 2013 kali ini. Antaranya, Penerbit UUM Press, Galeri Ilmu Sdn. Bhd, Art Square Creation Sdn Bhd, PTS Media Group Sdn Bhd, Penerbitan Seribu Dinar Sdn Bhd, E-Media Publication Sdn Bhd, Penerbit-penerbit IPTA, Kumpulan Media Karangkraf, Fajar Ulung Sdn Bhd, MOY Publications Sdn Bhd dan banyak lagi.
Selain itu, bagi pesta buku kali ini pihak penganjur telah mengadakan beberapa aktiviti menarik seperti Klinik Perundingan Bersama Pengarang, Hari Bertemu Pelanggan Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Library Info Hunt, Kuiz Online, Pertandingan Mewarna Untuk Kanak-kanak, Puppet Show, Senamrobik, Pertandingan Bercerita, Choral Speaking, Program Motivasi dari Sekolah ke IPT dan juga Pertandingan Pakaian Beragam dari Tadika Tunku Putri Safinaz UUM. 

- Nurur Raihanah, 221719

FIXI LEJEN

Morning. 2.15am.
Assalamualaikum. Hi

Punca kenapa entri ni  ada, sebab tak boleh tidur. 
 So boleh lah aku nak kongsi one of my interest and now officially became my hobby .
Tajuk entri je mesti ada yang dah tahu kan, FIXI and Lejen Press. Antara penerbit buku yang tengah in  sekarang ni.
Sebelum tu nak kongsi la part of my collection FIXI Lejen and others book yang dah aku miliki. Yay!

Koleksi setakat ni

Setakat ni, ini jelah yang mampu aku miliki dulu, 
tu pun ada sebuah dua yang dipinjam dari kawan-kawan.

Untuk pengetahuan semua, Fixi merupakan sebuah syarikat terbitan karya-karya penulisan yang bersifat urban dan terkini. Antara yang menariknya ialah setiap karya terbitan buku fixi 
judul buku mestilah dalam satu perkataan sahaja. Contohnya "NGERI".
Fixi mula aktif sekitar tahun 2011.
Untuk nama syarikat FIXI yang digunakan itu ia nya diambil berdasarkan daripada perkataan 
fiksi bahasa Indonesia, fiction bahasa Perancis lama yang menunjukkan 
tiada apa-apa yang original dalam dunia ini.

Fixi antara syarikat yang mengetengahkan idea-idea dan penulisan serta karay- karya daripada bukan  penulis yang popular tapi dalam kalangan orang biasa yang minat menulis juga diterima.
jadi sesiapa sahaja yang berminat dan mempunyai karya penulisan yang menarik dan nak kongsi dengan orang ramai, korang boleh lah usulkan ke penerbitan Fixi.

Aku antara peminat novel terbitan Fixi disebabkan gaya penulisan yang agak mudah di fahami dan bersifat urban. Sebagai seorang remaja dan pelajar, aku sarankan siapa yang belum lagi membaca novel keluaran Fixi, korang boleh lah cuba dengan buku yang pertama aku baca. menarik dan lain dari yang lain. Try  baca NGERI karya GINA YAP LAI YOONG. Memang terbaik! Lepas tu mungkin korang akan terus addict dengan setiap penulisan terbitan Fixi.

Menarik juga untuk di beritahu bahawa Fixi sentiasa cuba untuk mengeluarkan atau menerbitkan sekurang-kirangnya sebuah buku dalam sebulan. Yang paling latest ialah TUHAN.
Yang mana aku sendiri belum baca.
Latest book from FIXI



Bagi yang nak mencari atau memiliki buku-buku Fixi ni korang boleh beli by online di fixi.com.my 
ataupun di shop.lejenpress.com . Buku-buku ni semua boleh juga korang beli terus di toko buku seperti Kinokuniya, MPH dan Popular. Selain itu, Fixi Lejen juga ada membuat beberapa jelajah ke setiap negeri dan institusi pengajian, di UUM pun  haritu mereka ada datang dan yang terbaru mereka juga ada terlibat dalam Pesta Buku Tahunan di PWTC sekarang ni.

Lupa untuk aku bagitahu, Lejen Press juga salah satu syarikat penerbitan novel yang bersifat urban dan terkini. Antara novel-novel Lejen yang menarik ialah Awek Chuck Taylor , Kontrol Histeria, Bau Semangat Anak Muda, Bayang, Dabel Date, Heroin, Sengih Kerang, Sperma Cinta dan yang terbaru ni judul nya BABI. 
Judul je dah menarikkan?

Fixi lebih kepada novel penceritaan dan juga cerpen tetapi untuk Lejen pula mereka juga menerbitkan kompilasi puisi yang menarik untuk korang baca dan hayati. Semua nya menggunakan ayat dan bahasa yang sangat in. 

Banyak lagi karya penerbitan dari pelbagai syarikat penerbitan yang lebih kepada indipendent writing yang aku tak sebut macam Buku Hitam Press, Sang Freud Press, Terfaktab Media, Dubook Press dan banyak lagi. 
Zaman kita sekarang ni zaman millenium yang dipanggil semuanya di hujung jari. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, google je okay.
 So, selamat membaca! :)











Thursday, 9 May 2013

PRU13, GE13,Parti Politik

Hai Assalamualaikum.

Untuk entri kali ini, jom aku cuba sentuh sikit perihal isu semasa yg sedang hangat diperkatakan sekarang. Walaupun PRU13 dah pun selesai, tapi bahang nya masih terasa. 
Untuk pengetahuan korang, aku bukanlah salah seorang penyumbang undian buat masa ini dek kerana umur yang masih lagi kategori muda remaja. HAHA XD . Belum cukup umur lagi, bulan depan baru nak menginjak ke 20 tahun. Am still young right ?
(^^)

Ni lah antara keputusan yang aku dapat tahu dari akhbar.


Berbalik pada PRU13 tadi.  4hari dah berlalu selepas keputusan PRU13 keluar, tapi masih banyak lagi ketidakpuasan hati dari pelbagai pihak. Hm tak kiralah dari pihak atasan,
 rakyat mahupun golongan bangsa.
Aku tak lah memihak kepada mana-mana pihak tapi untuk sekadar berkongsi pendapat, ya mungkin. 
Memandangkan negara kita sebagai manusia 
punya pendapat dan hak masing-masing dalam bersuara.

Keputusan PRU13 telah menunjukkan kemenangan majoriti berpihak kepada Barisan Nasional
 yang masih memerintah kerajaan di Malaysia.
BN telah memenangi kerusi parlimen sebanyak 133 kerusi, 38 kerusi dimenangi DAP,
28 kerusi dimenangi PKR dan 21 dimenangi oleh PAS.
Bagi kawasan DUN pula, majoriti juga undian dipegang oleh BN yg memenangi sebanyak 275 undi,
95 DAP, 85 PAS dan 49 PKR.

Kesimpulannya disini kita dapat lihat negeri-negeri yang masih dipegang BN ialah Negeri Sembilan,
Pahang, Terengganu, Johor, Melaka, Perlis dan Sabah. Malahan Perak dan Kedah yang sebelum ini di bawah pimpinan pembangkang telah kembali kepada naugngan BN.
Manakala Selangor, Kelantan dan Penang sahaja yg masih kekal di bawah pimpinan pembangkang.

Aku sebagai seorang student, sekadar berkongsi pendapat bila mana pru13 kali ini berlangsung 
aku nampak lebih banyak mendatangkan kesan negatif daripada positif.
Tengok jelah sekarang, masih lagi isu-isu politik menjadi bahan utam di akhbar, media massa mahupun elektronik, malah di laman sosial seperti twitter dan FB antara tempat yang 
terlalu banyak isu poltik yang dibincang, dipertikai dan ada juga yang mejadi bahan pergaduhan.
Hm itu belum lagi hal-hal skandal pemimpin, corruption, liwat lah apa lah. 

Habis je PRU13 baru-baru ni, aku nampka makin banyak lagi isu-isu yang berbangkit macam blackout, racism perihal Tsunami Cina, pengundi hantu, isu berkaitan SPR dan macam-macam lagi lah.
tak keterlaluan kalau aku katakan semua yang terjadi sekarang adalah atas kesilapan masing masing. Seriously aku sangat tak setuju lebih-lebih lagi kalau student yang terlalu taksub dengan politik.
One of the Racism things been published. 'Tsunami Cina'

Ya, politik satu isu yang perlu kita ambil tahu memandangkan 
ianya adalah info mengenai kerajaan negara kita Malaysia.
Tapi kalau sampai melibatkan pergaduhan antara kaum, even ada juga yang berlaku pergaduhan antara kawan-kawan yang aku lalui sendiri di laman twitter aku. 

Pada aku satu lah, negara kita bukan negara yang memperjuangkan parti masing-masing 
tapi sepatutnya yang jadi keutamaan ialah sama-sama cuba bersatu tak kiralah melayu cina dan india sebab sekarang aku dapat rasa, racism semakin menjadi jadi walhal 1Malaysia yang di uar-uar kan selama ini adakah satu mainan ataupun satu moto yang tiada matlamat.
Malaysia is a unique country, mana ada negara lain yang dapat hidup aman damai macam Malaysia yang boleh tinggal satu tempat dengan pelbagai kaum agama dan bangsa tanpa peperangan malah negara kita sudahpun merdeka selama 55tahun
Takkan lah disebabkan isu korupsi isu poltik dan parti kita sesama kaum cuba menjatuhkan negara sendiri.
Dan lebih memalukan ada yang melibatkan negara luar utk menyelesaikan masalah negara kita. 
Apa ni? Is this Malaysian? Hmm. 

Nak ke korang negara kita macam negara yang tak henti-henti dengan riot bom sana sini. Cukuplah masa tragedi Sulu yang lepas. Dan, nak ke korang lalui balik tragedi perang kaum tu? Hmm. 
Haih terasa serious sangat kali ni borak pasal ni sebab nya aku bukanlah orang yang terlalu berminat untuk bincangkan hal hal macam ni. Tapi untuk kali ni, takpelah sekadar berkongsi apa yang aku rasa.
Tapi tak bermaksud aku tak ambil tahu pasal isu macam ni. Got it? Hehe.

So people, untuk 5tahun akan datang, we'll see for the next PRU14. Dan masa tu aku lah salah sorang menjadi penyumbang undi. Haa which party should I tick?
 Haha itu kan rahsia, undi anda rahsia anda. 
25 tahun masa tu inshaaAllah merasa pula untuk pergi mengundi sendiri.
Buat masa sekarang ni, kita sama-sama lah bantu dan saling kerjsama untuk jaga keamanan negara kita
daripada dok fikir untuk jatuhkan orang sana sini. Okay? :)

Byeee (^^)//