1.2
GRAM HEROIN DIRAMPAS
Oleh: Nurur Raihanah Zainordin
ALOR
SETAR,KEDAH- Tiga orang suspek telah ditangkap
di sebuah motel, Kompleks Perniagaan Sultan Abdul Hamid, di sini, semalam
ketika sedang membungkus dadah jenis heroin dan ketika serbuan pihak polis berjaya
merampas sebanyak 1.2 gram dadah jenis heroin yang dianggarkan bernilai
RM27,000-RM45,000.
Selain itu, ketika serbuan pihak polis
juga menjumpai beberapa barangan lain seperti alat penimbang elektronik, empat
buah telefon bimbit, sebuah kereta Proton Satria dan wang tunai bernilai
RM2,000 bersama suspek-suspek terbabit.
Pegawai polis yang ditemui, ACP Azman
Mohd Jan berkata, “Ketiga-tiga suspek yang ditangkap berumur lingkungan
19-35tahun berketurunan melayu dan setelah ujian air kencing dijalankan,
ketiga-tiga suspek didapati positif dadah jenis metamphetamine”.
Ketiga-tiga suspek ditahan bagi
siasatan. Sekiranya didapati bersalah, mereka boleh didakwa di bawah Akta 39B
Akta Dadah Berbahaya 1992.
No comments:
Post a Comment